

Persatuan Pena Bahasa Melayu
IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan






Persatuan Pena Bahasa Melayu
Kami berusaha memartabatkan bahasa Melayu di mata dunia, kenapa tidak anda? Jadikan bahasa Melayu dipandang tinggi, jadikan mimpi ini sebagai realiti. Justeru, kami berkumpul di sini untuk mengajak anda di luar sana mengikuti segala aktiviti mencintai bahasa kita.
Bahasa Melayu - Wadah Ilmu Berkualiti

Sidang Pena
Kami adalah pelajar di bawah Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tun Abdul Razak.
- PISMP Bahasa Melayu
- PISMP Pemulihan






'Like' Kami
'Tweet' Kami
'Follow' Kami
Tonton Kami




MUKADIMAH
Assalamualaikum dan salam muhibah kepada semua pembaca istimewanya kepada warga penutur bahasa Melayu tercinta!
Bersyukur kepada Tuhan atas keberkatan-Nya maka lahirlah laman Persatuan Pena Bahasa Melayu IPG Kampus Tun Abdul Razak ini buat julung kalinya. Pertama sekali, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua kerana sudi singgah ke ruangan ini.
Selari dengan moto "Bahasa Melayu - Wadah Ilmu Berkualiti", diharap kelahiran laman ini sedikit sebanyak akan dapat membantu anda menjana minda demi memartabatkan bahasa Melayu.
Walaupun laman ini bukanlah satu-satunya platform untuk menguasai bahasa Melayu sepenuhnya, namun ia boleh dijadikan titian untuk mengenali dan mencintai bahasa Melayu kerana kata orang, tak kenal maka tak cinta!
Semoga segala info yang dikongsikan di sini akan mendapat sambutan daripada anda semua dan kita akan bersama-sama mendapat manfaatnya pada masa akan datang.
Sekian,
Bahasa Melayu - Wadah Ilmu Berkualiti!
INFORMASI
BERITA
+ + + + + + + + +
Isu Bahasa
& agenda
+ buletin +
